PERLEMBAGAAN PIBG


AKTA PENDIDIKAN 1996
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
(PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU) 1998
( SUB PERATURAN 7 (2) )

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG)


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BULAN

Nama dan Alamat

1.  Persatuan ini adalah adalah dikenal dengan nama :
     Persatuan Ibu Bapa-Guru Sekolah Kebangsaan seri Bulan

2.  Alamat yang didaftarkan bagi Persatuan ini ialah :
     Sekolah Kebangsaan Seri Bulan, Kg hj Ghaffar, 83730 Yong Peng, Batu pahat, Johor.


Tujuan-tujuan Persatuan

3.  Tujuan-tujuan Persatuan ialah :

(a)     untuk mengadakan sesduatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-
murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah;

(b)     untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan
keperluan kebendaan muird-murid dalam kegiatan mereka.

(c)     untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat
mengenai pendidikan;

(d)     untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu
sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak pada amnya;
dan

(e)     untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah untuk berusaha menambah
kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan
kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

Fungsi Persatuan

4.  Fungsi Persatuan ialah untnuk menjalankan aktiviti atau program bagai mencapai tujuan-
     tujuan Persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti-



(a)     membantu murid dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;

(b)  menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan
      sekolah;
    
(c)     meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara
sekolah dengan masyarakat setempat;

(d)     meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.

Keanggotaan Persatuan

5.  Anggota Persatuan terdiri daripada :

(a)     semua Guru di Sekolah

(b)     ibu bapa kepada murid yang belajar dalam sekolah;

(c)     warganegara Malaysia diluluskan permohonan untuk menjadi anggota Persatuan oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian atau Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan (seperti di lampiran A); dan

6.  Guru Besar atau Pengetua Sekolah hendaklah menjadi anggota ex officio dan Penasihat   
     Persatuan.

Jawatankuasa Persatuan

7.  Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatakuasa yang dikenali sebagai ”Jawatankuasa
     PIBG”.  Jawatankuasa PIBG hendaklah dilantik oleh  anggota Persatuan pada setiap Mesyuarat     
     Agung Tahunan.

8.  Anggota Jawatankuasa PIBG hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja.

9.  Keanggotaan Jawatankuasa PIBG adalah seperti berikut  :

     (a)  Seorang Yang Dipertua;

(b)     Seorang Naib Yang Dipertua;

(c)     Seorang Setiausaha;

(d)     Seorang Bendahari; dan

(e)     13 orang ahli.


10.  Bilangan ibu bapa dan guru yang menganggotai Jawatankuasa PIBG hendaklah, seboleh-
       bolehnya, seimbang.

11.  Guru Besar atau Pengetua tidak boleh menganggotai Jawatankuasa PIBG dan hanya
       bertindak sebagai Penasihat Persatuan.

12.  Bilangan Ahli Jawatankuasa PIBG di perenggan 9(e) hendaklah antara 1 hingga 10 orang.

13.  Bilangan anggota Jawatankuasa PIBG di kalangan anggota Persatuan (bukan anggota
guru di Sekolah tersebut) yang tidak mempunyai anak di Sekolah itu hendaklah tidak
melebihi 1/5 daripada keseluruhan bilangan anggota Jawatankuasa PIBG berkenaan.

14. Tertakluk kepada perenggan 13 Perlembagaan ini dan subperaturan 6(4) hingga (6)
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu  Bapa-Guru) 1998, Pegawai Pendidikan
Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian Imengikut mana yang berkenaan) boleh
melantik tidak lebih daripada 2 orang yang bukan anggota Persatuan untuk menjadi
anggota Jawatankuasa PIBG setelah mendapat kelulusan bertulis Pendaftar.

15. Tempoh memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG adalah bermula dari tarikh
pelantikan sehingga tarikh Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikutnya atau sehingga            suatu tempoh yang diluluskan oleh Pendaftar.

16.  Jika berlaku kekosongan Jawatankuasa PIBG, Yang Di Pertua hendaklah melantik mana-
       mana anggota biasa Persatuan, berdasarkan undian terbanyak di kalangan anggota       
       Jawatankuasa PIBG, untuk mengisi kekosongan jawatan itu.

17. Jawatankuasa PIBG hendaklah mengedarkan kepada anggota Persatuan senarai dan
alamat pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG pada setiap tahun selewat-lewatnya 14  hari selepas tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.

Fungsi Jawatankuasa PIBG

18.  Fungsi Jawatankuasa PIBG ialah mengelola dan mengatur kegiatan Persatuan, tanpa
       membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan Persatuan, tanpa
       bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan,
       Perlembagaan Akta dan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-peraturan yang dibuat di
       bawahnya.

(a)     Yang Dipertua

(i)                   Menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat
Agung Tahunan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat.

(ii)                 Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit mesyaurat
telah diputuskan.


(iii)                Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran  Persatuan serta memastikan bahawa   
Peruntukan Perlembagaan dipatuhi oleh semua anggota Persatuan.

(iv)               Sentiasa mematuhi segala peruntukan Perlembagaan dalam menjalankan tugas
sebagai Yang Dipertua.

(v)                 Boleh memanggil mesyuatar Jawatankuasa PIBG pada bila-bila masa yang
difikirkan perlu dengan persetujuan Guru Besar atau Pengetua.

(vi)               Menandatangani cek atau penyata pengeluarkan Wang Persatuan.

(vii)      Memastikan segala aktiviti dan program Persatuan dilaksanakan dengan sempurna
            dan teratur.

(vii)              Mendapatkan nasihat mengenai pengurusan Persatuan dari semasa ke semasa
daripada Guru Besar atau Pengetua selaku Penasihat Persatuan.

(b)  Naib Yang Dipertua

(i)                   Bertanggungjawab membantu Yang Di Pertua dalam menjalankan fungsi-fungsi
 Yang Dipertua.

(ii)                 Menjalankan tanggungjawab dan fungsi Yang Di Pertua semasa ketiadaan Yang Di
 Pertua.

(c)  Setiausaha

(i)                   Menjalankan urusan Persatuan mengikut Perlembagaan Persatuan.

(ii)                 Melaksanakan keputusan-keputusan Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat
jawatankuasa PIBG.

(iii)                Mencatat, menyedia dan menyimpan minit-minit mesyuarat  Jawatankuasa PIBG
dan Mesyuarat Tahunan.

(iv)               Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Agung
Tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya.

(v)                 Menguruskan hal-hal mesyuarat dan menyimpan rekod-rekod Persatuan.

(vi)       Menghantar segala laporan dan aktiiti Persatuan dan minit mesyuarat Agung
            Tahunan kepada Pendaftar dan Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai
                        Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, selepas Mesyuarat Agung
                        Tahunan.

(vi)               Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan, jika perlu.




(d)  Bendahari

(i)         Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan Persatuan dengan menyediakan dan menyimpan kira-kira kewangan yang kemas kini. 
                        Penyata kira-kira bagi setiap tahun kewangan (1 Januari hingga 31 Disember)
                        hendaklah disiapkan sebelum 1 Februari tahun berikutnya untuk diaudit.
                        Penyata kira-kira yang telah diaudit dan diluluskan oleh Mesyaurat Agung  Tahunan
                        hendaklah dihantar kepada Pendaftar selepas Mesyuarat berkenaan.

(ii)        Menguruskan perbelanjaan wang Persatuan seperti yang diputuskan oleh
                        Mesyuarat Agung Tahunan atau  mesyuarat Jawatankuasa PIBG.

(iii)                Menyimpan Wang tunai tidak melebihi sesuatu jumlah yang ditetapkan dalam
Perlembagaan Persatuan pada sesuatu masa.

(iv)               Menerima bagi pihak Persatuan semua derma atau sumbangan daripada mana-
mana anggota atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akaun terima dan dikreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari yang sama.

(v)                 Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan.

(vi)      Memastikan tiada berlaku terlabih pengeluarkan wang dari akaun Persatuan dan
           Akaun sentiasa berbaki kredit.

Lain-lain jawatan

18.(a)    Penasihat Persatuan

            Guru Besar atau Pengetua Sekolah adalah ex-officio Persatuan dan bertindak sebagai
            Penasihat kepada Jawatankuasa PIBG dan persatuan.     Antara tanggungjawab dan fungsi
            Guru Besar atau Pengetua adalah seperti berikut:-

(i)                   menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PIBG, Mesyuarat Agung Tahunan dan
Mesyaurat Agung Tergempar, tetapi tidak boleh mengundi ;

(ii)                 mewakili pihak Jabatan Pelajarannn Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia
bagi mengawal dan menasihat Persatuan supaya segala aktiviti, programmmmm, kegiatan dan keputusan yang dibuat dalam mesyurata-mesyaurat Persatuan tidak
bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan, dasar-dasar Negara dan dasar-dasar mengenai pelajaran dan pendidikan serta hal-hal berkaitan dengan pentadbiran sekolah.

(iii)                berhak untuk menangguhkan mesyaurat Persatuan jika difikirkan wajar untuk
kepentingan anggota Persatuan ;

(iv)               meluluskan semua agenda mesyuarat dan perkara yang akan dibincangkan dalam
mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Persatuan.
            (v)        memberi penjelasan kepada sesuatu isu   mengenai pengurusan dan perjalanan
                        Sekolah dan akademik serta isu-isu yang berkaitan dengannya dalam mesyuarat
                        Persatuan.

(vi)               memastikan kegiatan mesyuarat selaras dengan tujuan dan fingsi Persatuan.

(vii)     menentukan tetamu kehormat dan para jemputan yang menghadiri sebarang majls
           Anjuran persatuan dilayan mengikut peraturan dan protokol yang ditetapkan oleh
           Kementerian.

(b)        Juru Audit Dalaman
           
(i)                   Persatuan hendaklah melantik 2 orang juru audit dalaman dari kalangan anggota
Persatuan yang tidak menjadi anggota Jawatankuasa PIBG pada Mesyuarat Agung
            Tahunan.

(ii)                 Tanggungjawab juruaudit

(a)   mengaudit juru audit dalaman adalah seperti  berikut ;

(b)   menjalankan pengauditan secara berkala seperti mana yang diputuskan dalam
        Mesyuarat Agung Tahunan.

Tempat bermesyuarat (jika berlainan dari alamat berdaftar)

19.  Mesyuarat Persatuan dan Mesyuarat Agung Tahunan diadakan di Dewan Seri Bulan      
       Sekolah Kebangsaan Seri Bulan.

Kuorum

20.  Kuorum mesyuarat yang diadakan oleh Persatuan adalah seperti berikut:

       (a)   Mesyuarat Agung Tahunan
              Hendaklah tidak kurang daripada 3 kali jumlah bilangan anggota Jawatankuasa PIBG.

(b)    Mesyuarat Jawatankuasa PIBG
Hendaklah tidak kurang 2/3 daripada jumlah bilangan anggota Jawatankuasa PIBG.

Mesyuarat Agung Tahunan

21.  Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada setiap tahun sebelum akhir bulan Mac.

22.  Jika Mesyuarat Agung Tahunan tidak diadakan sebelum akhir bulan Mas, Jawatankuasa PIBG
       hendaklah mengemukakan alasan dan tarikh yang  dicadangkan kepada Pendaftar, melalui
       Guru Besar atau Pengetua, sebelum 31 Mac.

23.  Notis tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan hendaklah diberikan kepada anggota  
       persatuan selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat.

24.  Sekiranya kuorum untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan tidak mencukupi dalam 
       tempoh 1 jam dari masa yang ditetapkan, Mesyuarat Agung tersebut hendaklah dibatalkan dan 
       Jawatankuasa PIBG hendaklah mengeluarkan notis bertulis kepada anggota Persatuan
       memaklumkan tarikh baru Mesyuarat Aung Tahunan dalam masa 30 hari dari tarikh asal       
       tersebut.

25.  Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut :

(a)       Ucapan Pengerusi;

(b)       Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu;

(c)       Membentang dan Menerima Laporan Tahunan;

(d)       Membentang,menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember tahun sebelumnya;

(e)       Membahaskan Usul;

(f)        Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi tahun berkenaan;

(g)       Pemilihan Juru Audit Dalaman;

(h)       Ucapan penangguhan; dan

(i)         Hal-hal lain.

26.  Apa-apa usul bertulis hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa PIBG selewat-lewatnya 7
       hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.Jawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk
       menapis usul-usul yang dikemukakan sebelum diluluskan untuk perbincangan dalam Mesyuarat
      Agung Tahunan.

27. Mesyuarat Agung Tahunan bertanggungjawab memilih pemegang-pemegang jawatan dalam
      Jawatankuasa PIBG serta menimbang lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan  
      kebajikan Persatuan.Pemilihan pemegang jawatan hendaklah dibuat seperti berikut :

            (a)  anggota yang dicalonkan untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG
                   hendaklah hadir dalam mesyuarat.

            (b) setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong; dan


            (c) pemilihan hendaklah dijalankan secara undian bagi jawatan yang ditandingi. Calon yang
                  mendapat undi terbanyak dipilih menjawat jawatan yang dipertandingkan. 

Mesyuarat Agung Tergempar

28.  Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan dalam keadaan-keadaan berikut :

(a)     apabila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa PIBG;

(b)  atas permintaan bertulis sekurang-kurangnya 1/5 daripada jumlah anggota Persatuan;
      atau
(c)  atas arahan Pendaftar.

29.  Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh
       keputusan jawatankuasa PIBG atau tarikh penerimaan permintaan anggota persatuan atau
       tarikh penerimaan permintaan anggota persatuan atau tarikh arahan Pendaftar, mengikut mana
       yang berkenaan. Notis bertulis mengenai Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dikemukakan 
       kepada anggota persatuan selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh Mesyuarat hendak diadakan.

30.  Urusan mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihadkan kepada tujuan Mesyuarat itu
       diadakan.

Laporan Mesyuarat

31.  Laporan Mesyuarat Agung Tahuann bersama-bersama Penyata Kira-Kira Kewangan persatuan
      hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan pegawai Pejabat Pendidikan daerah atau Pejabat
      Pendidikan Bahagian,mengikut mana yang berkenaan,dalam tempoh 30 hari selepas tarikh
      Mesyuarat.

32. Laporan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai
      Pendidikan Daerah atau pegawai Pejabat Pendidikan Bahagian,mengikut mana yang berkenaan
      dalam tempoh 30 hari selepas tarikh Mesyuarat.

Mesyuarat Jawatankuasa PIBG

33.  Jawatankuasa hendaklah bermesyuaratsekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh satu tahun
       persekolahan.

34.  Notis panggilan mesyuarat hendaklah diberikan kepada anggota jawatankuasa PIBG selewatnya
       7 hari sebelum tarikh mesyuarat.

35.  Yang Dipertua, atau sekurang-kurangnya 3 anggota Jawatankuasa PIBG,boleh memanggil
       mesyuarat Jawatankuasa PIBG apabila difikirkan perlu dengan persetujuan Penasihat.

36.  Setiap anggota PIBG yang tidak hadir mesyuarat sebanyak 2 kali tanpa sebab hendaklah
       digugurkan keanggotaannya dalam Jawatankuasa PIBG secara automatik dan Yang Dipertua

       hendaklah mengemukakan notis bertulis kepada anggota berkenaan sebaik sahaja keputusan
       itu dibuat. 

Punca-punca Pendapatan Persatuan

37.  Punca-punca pendapatan persatuan adalah daripada :         
           
(a)  sumbangan anggota persatuan(anggota persatuan tidak boleh dipaksa memberi apa-
      apa sumbangan);

(b)     derma dan sumbangan individu,organisasi dan badan-badan lain;dan

(c)     pendapatan yang diperolehi daripada aktiviti dan program anjuran persatuan yang telah
mendapat kelulusan Pendaftar.

38.  Jawatankuasa hendaklah membuka suatu kaun di mana-mana bank tempatan yang berdaftar
       atas nama persatuan.

39.  Apa-apa wang yang dditerima atau diperolehi oleh persatuan hendaklah dikrditkan ke dalam
      akaun persatuan pada hari wang diterima atau diperolehi.Walau apa pun peruntukan ini,
      Bendahari boleh menyimpan wang tunai tidak melebihi RM150.00 pada satu-satu masa.

Perbelanjaan Wang Persatuan

40.  Jawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk membelanjakan wang persatuan bagi perkara-perkara
       yang mendatangkan faedah kepada murid-murid sekolah yang tidak bercanggah dengan tujuan-
       tujuan persatuan.

41.  Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun persatuan hendaklah 
       ditandatangani oleh Bendahari dan Yang Dipertua atau Setiausaha,semasa ketiadaan Yang
       Dipertua.

42.  Bendahari dan Yang Dipertua hendaklah memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang
       dan akaun persatuan sentiasa berbaki kredit.

43.  Tahun kewangan persatuan bermula pada 1 Januari hingga 31 Disember tahun semasa.

Penyimpanan Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan

44.  Penyata kira-kira kewangan persatuan yang telah diaudit hendaklah dibentangkan untuk
       diterima dan diluluskan oleh anggota persatuan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

45.  Satu salinan penyata kira-kira kewangan yang telah diaudit serta diterima dan diluluskan dalam
       Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pendidikan
       Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian mengikut mana yan berkenaan.


46.  Pendaftar,Pegawai Pendidikan Daerah,Pegawai Pendidikan Bahagian,Pengetua atau Guru 
       Besar adalah dibenarkan memeriksa akaun persatuan pada bila-bila masa.


Harta Amanah Persatuan

47.  Persatuan tidak boleh memegang apa-apa harta,sama ada harta alih atau harta tak alih,atas
      namanya sendiri.Apa-apa harta yang sebelum dari tarikh Perlembagaan ini berkuat  
      kuasa,diletakkan atas nama Persatuan hendaklah dialihkan kepada kerajaan Malaysia,yang
      diwakili oleh sekolah,sebagai harta yang diamanahkan oleh persatuan untuk digunakan bagi
      faedah murid-murid sekolah itu sahaja atau sebagaimana yang ditetapkan oleh jawatankuasa  
      PIBG dari semasa ke semasa.

48.  Apa-apa harta yang diamanahkan kepada sekolah tidak boleh dipindah milik atau dilupuskan  
      dengan apa cara sekalipun,melainkan dengan persetujuan anggota persatuan yang diperolehi 
      dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

Pindaan Perlembagaan Persatuan

49.  Apa-apa cadangan untuk meminda Perlembagaan Persatuan hendaklah dikemukakan kepada
       Pendaftar,melalui Guru Besar atau Pengetua,untuk kelulusan terlebih dahulu.

50.  Cadangan pindaan yang hendak dikemukakan kepada Pendaftar hendaklah dibentangkan 
       dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 2/3 daripada
       anggota persatuan yang hadir

51.  Pindaan kepada Perlembagaan hanya berkuatkuasa mulai dari tarikh pindaan diluluskan oleh
       Pendaftar.

52.  Pendaftar berhak meluluskan atau tidak meluluskan sebarang pindaan yang dicadangkan oleh 
       Persatuan.

Larangan

53.  Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasanya untuk merangkumi perkara-perkar yang 
       berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan sekolah,guru,kakitangan dan pekerja sekolah
       dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan sekolah.

54.  Persatuan bukanlah suatu entiti undang-undang dan tidak mempunyai keupayaan juridical untuk
       membuat kontrak,perjanjian atau memorandum persefahaman,atas namanya sendiri.Apa-apa
       program dan aktiviti yang hendak dibuat oleh persatuan yang memerlukan apa-apa surat cara
       yang mengikat dari segi undang-undang hendaklah dirujuk kepada Pendaftar,melalui Guru
      Besar atau Pengetua,untuk kelulusan dan panduan.

55.  Persatuan tidak boleh menjadi forum atau jentera bagi menyelesaikan sebarang pertikaian
       antara Persatuan dengan Guru Besar atau Pengetua,Pejabat Pendidikan Daerah,Pejabat

       Pendidikan Bahagian,Jabatan Pendidikan Negeri,Kementerian Pendidikan,Kerajaan Negeri atau
       Kerajaan Persekutuan.

56.  Persatuan tidak boleh bergabung dengan persatuan ibu bapa-guru disekolah-sekolah lain,
       parti politik,kesatuan sekerja,pertubuhan bukan kerajaan atau lain-lain organisasi,pertubuhan
       atau persatuan,sama ada yang ditubuhkan atau berdaftar di bawah mana-mana undang-undang
       bertulis atau tidak.

Tafsiran

57.  Sebarang kekeliruan atau pertikaian yang timbul daripada perlembagaan ini hendaklah dirujuk
       kepada Pendaftar melalui Pengetua atau Guru Besar.

Pembubaran

58.  Persatuan hanya boleh dibubarkan dalam keadaan berikut :
           
(a)  atas arahan bertulis daripada Pendaftar;atau
           
            (b)  Sekolah berhenti beroperasi.

59.  Apa-apa wang dalam akaun persatuan hendaklah digunakan sebagaimana yang ditetapkan oleh
       Pendaftar dan kegunaannya hendaklah bagi memanfaatkan pendidikan kanak-kanak di kawasan
       di mana sekolah itu berada. Apa-apa harta alih dan tak alih yang telah diamanahkan kepada
       sekolah hendaklah dilupuskan mengikut cara yang ditetapkan oleh Pendaftar.

60.  Guru Besar atau Pengetua hendaklah memulangkan sijil pendaftaran persatuan kepada
       Pendaftar apabila persatuan dibubarkan.